Unifi Piala Malaysia: Rekod bolos di Temerloh bikin Sri Pahang gusar Selangor
Shaiful Shamsudin
November 22, 2024 18:26 MYT
November 22, 2024 18:26 MYT
Selepas dibolosi enam gol dalam empat perlawanan terakhir mencerminkan kerapuhan benteng Sri Pahang menuntut Fandi Ahmad secara terbuka meluahkan kegusarannya terhadap kualiti persembahan di bahagian penjaga gol.
"Saya rasa mereka tidak begitu konsisten jadi ini lebih merisaukan. Mereka harus fokus, berkomunikasi sesama rakan pertahanan.
"Nak bersuara macam segan.
"Kami harus baiki pertahanan dan mudah-mudahan penjaga gol berani bersuara agar rakan sepasukan dapat membantu di depan gawang," " katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, di Kuantan petang tadi.
??? TERKINI !!!! Fandi Ahmad mengesahkan Kpah Sherman bakal dipertaruhkan berdepan Selangor pada Sabtu. Sri Pahang kini menanti status kecergasan Stefano Brundo & Sergio Aguero.@ASTROARENA #DemiLigaKita #PialaMalaysia pic.twitter.com/IvC4lYM0uW
— karlnunis (@_karlnunis) November 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Empat daripada lima kekalahan Tok Gajah adalah di Temerloh lantas Adam Nor Azlin turut menyuarakan ketegasan terhadap mutu bertahan tuan rumah menjelang pertembungan getir dengan Selangor dalam pusingan 16 Unifi Piala Malaysia, esok.
"Tahap persembahan saya semakin baik. Kami perlu perkemaskan permainan untuk hadapi perlwaanan penting bertemu Selangor. Kami harus main sebagai sepasukan.
"Kami pernah menentang mereka dalam liga, kami perlu tahu kelebihan dan kekurangan mereka. Kami perlu ambil peluang setiap kekurangan mereka sebaik mungkin.
"Kami mempunyai pemain berkebolehan dan mampu kalau kami bersatu hati dan bersedia.
"Bukan saya seorang sahaja yang perlu bekerja. Semua pemain perlu bersedia menghadapi jentera serangan Selangor.
"Setiap saat kami perlu sentiasa ingatkan sesama sendiri agar Selangor tidak dapat jaringkan gol," katanya.