Unifi Piala Malaysia: Percaturan Negeri Sembilan berhasil -- Nanthakumar
Ammar Hakim
November 30, 2024 15:55 MYT
November 30, 2024 15:55 MYT
Negeri Sembilan mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas mudah membenam PDRM dengan keputusan 3-0 (4-2 secara agregat) dalam aksi timbal balik di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam.
Sebuah aksi yang cukup cemerlang dipamerkan oleh skuad bimbingan K. Nanthakumar, dengan corak permainan yang lebih teratur dan rencana taktikal yang berkesan.
Dalam kesempatan itu, Nanthakumar memuji kehebatan dan kelincahan salah seorang penjaring gol skuad jang, A. Selvan, serta tidak menafikan dia kekal dijadikan pemain utama pasukan.
"Kita tewas pada perlawanan pertama namun saya katakan pada pemain bahawa peluang masih ada dan mereka perlu buktikan kemampuan pada perlawanan kedua.
"Pemain beraksi seperti yang dirancang dengan setiap peluang dimanfaatkan sebaik mungkin menerusi jaringan gol. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan persembahan pemain," katanya.
Ini kerana pemain berusia 24 tahun itu, sebelum ini kerap diletakkan di bangku simpanan, namun di bawah bimbingan nanthakumar dia lebih diberikan tanggungjawab untuk membantu bahagian serangan dalam enam penampilan setakat ini.
Satu jaringan menyumbang kemaraan skuad Jang mampu memberikan tonik tambahan buat selvan untuk mempertingkatkan prestasi peribadinya.
Dalam perkembangan lain, pertahanan kiri NSFC, Harith Samsuri mengalami kecederaan di bahagian buku lali dan memerlukan rawatan intensif.
Dia juga antara yang dipanggil ke skuad kebangsaan bagi sainga piala amec bulan depan serta itu adalah panggil pertamanya bersama Harimau Malaya.
Pertahanan NSFC, Harith Samsuri cedera di bahagian ankle selepas game menentang PDRM malam tadi. Dia juga antara yang dipanggil ke skuad kebangsaan bagi saingan Piala AMEC bulan depan. Adakah Harith bakal terlepas panggilan sulungnya bersama Harimau Malaya?@ASTROARENA pic.twitter.com/AxIJqRV3p6
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) November 30, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.