Unifi Piala Malaysia: Negeri Sembilan terpaksa akur tewas di tangan PDRM

Aleqha Zainal
November 25, 2024 20:40 MYT
Ketua jurulatih PDRM, P.Maniam, memuji semangat juang serta kesungguhan yang dipamerkan barisan pemainnya apabila berjaya bangkit mengatasi Negeri Sembilan dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia semalam.
Meskipun ketinggalan pada minit ke-69 hasil gerakan cantik pemain sayap tuan rumah, A.Selvan, sang saka biru tidak mudah menyerah kalah selepas mencetak dua gol dalam tempoh dua minit pada penghujung masa sebenar perlawanan menerusi tandukan kemas Hadi Fayyadh serta Ifedayo Olusegun, sekaligus mengekang hasrat skuad jang untuk meraih kemenangan pertama di Paroi musim ini.
"Macam hari ini kita tengok cara mereka menjaring gol, peralihan permainan Negeri Sembilan bagus. Bola sepak permainannya memang begitu.
"Mula-mula perlawanan kami tidak cukup tajam, ini merupakan perlawanan kedua kami bermain dengan Negeri Sembilan dan ia bukan permainan yang mudah jadi kami perlu fokus, lebih menumpukan perhatian, itu kuncinya kita boleh ke suku akhir."
Sementara itu, pengendali Negeri Sembilan, K. Nanthakumar, mengakui kecewa dengan kegagalan anak buahnya menyempurnakan beberapa peluang terhidang yang diraih sepanjang perlawanan," katanya.
Bagaimanapun, dia anggap peluang masih terbuka buat skuadnya yang bakal bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi aksi timbal balik pada 29 November.
"Sepatutnya menang 3-0, kami memang ada peluang tapi kami sia sia peluang di separuh masa kedua, padang juga lecak, hujan lebat dan ia juga membuatkan kami tidak menjaringkan gol sebaliknya PDRM mendapat dua."
"5 minit akhir tu kecewa sikit sebab pemain saya jadi kurang fokus sudah. Jadi, di Selayang kami akan beri terbaik kerana dalam 90 minit apa apa boleh jadi," katanya.
#liga super #bola sepak #Negeri Sembilan #PDRM
;