Unifi Piala Malaysia: Gol VAR Sri Pahang tambah tekanan Selangor
Shaiful Shamsudin
December 1, 2024 21:22 MYT
December 1, 2024 21:22 MYT
SELANGOR 0 SRI PAHANG 1
Sri Pahang menambah tekanan terhadap kem Selangor apabila mendahului 1-0 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Kedua-dua kelab terikat dengan agregat 1-1 dalam pertemuan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia itu, namun tuan rumah mendapati mereka ketinggalan akibat kelekaan di bahagian pertahanan meskipun mengatur lapan percubaan berbanding satu oleh Tok Gajah.
Semakan video bantuan pengadil (VAR) pada minit ke-25 selepas pertahanan, Harith Haiqal, mengasari Kuvondik Ruziev yang sedang meluru ke arah penjaga gol Merah Kuning, Azim Al-Amin, sebelum disudahkan oleh Manuel Hidalgo.