Final piala Malaysia 2023 malam tadi antara yang bersejarah sepanjang penganjuran kejohanan tertua negara itu.

Kemenangan 3-1 Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas Terengganu menyaksikan Harimau Selatan sekali lagi menyapu bersih kesemua gelaran yang ditawarkan Liga Malaysia musim ini, sekali gus menjadi pasukan pertama meraih 'quadruple' berganda.



Dalam pada itu, antara final Piala Malaysia paling diingati adalah dalam edisi 2018 melibatkan pasukan Perak dan Terengganu.

Perak ketika itu ketinggalan dua gol sebelum bangkit menyamakan kedudukan pada penghujung permainan.

Bahkan, Perak sekali lagi ketinggalan dalam separuh pertama masa tambahan sebelum sekali lagi menyamakan kedudukan selepas 120 minit.

The Bos Gaurus kemudian dinobatkan sebagai juara hasil kemenangan 4-1 dalam penentuan sepakan penalti.



Satu lagi final bersejarah adalah ketika Kedah mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Selangor.

Kemenangan itu dikenang sehingga kini memandangkan ia memastikan skuad Kenari berkenaan menjadi pasukan pertama bergelar juara 'treble' berganda dalam sejarah Liga Malaysia.



Jadi, berdasarkan tiga aksi final berkenaan, anda pilih yang mana?

Undi di sini: