UFC 307: Pereira tiada tandingan, pertahan gelaran kali ketiga
Ammar Hakim
October 6, 2024 13:23 MYT
October 6, 2024 13:23 MYT
Juara dunia kategori light heavyweight, Alex Pereira, membuktikan kemampuannya berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pencabar, Khalil Rountree Jr. dalam saingan UFC 308 sebentar tadi.
Pereira kembali ke Octagon buat pertama kali sejak empat bulan lalu ketika menumbangkan Jiri Prohazcka, untuk bertemu Khalil Rountree, yang dilihat sebagai petinju MMA yang berpotensi untuk menamatkan dominasi petinju kelahiran Brazil itu.
Tiga pusingan pertama menyaksikan Pereira kekal tenang, mengorak langkah serta membaca corak serangan Rountree, yang lebih agresif permulaan pusingan.
Memasuki pusingan keempat, Pereira melancarkan serangan demi serangan ke arah kepala Rountree sebelum menumbangkan lawan pada 4 minit dan 32 saat.
Alex Poatan Pereira, simplemente una bestia! Mis respetos para Khalil Roundtree quien vendio cara la derrota y nos regalaron un peleon. Increíble momento! #UFC307 pic.twitter.com/Krvz4Mouo5
— Fanáticos del MMA GT (@fanaticosMMAGT) October 6, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, ini merupakan kejayaan Pereira mempertahankan gelaran buat kali ketiga dalam tempoh tujuh bulan, pertama kali mengatasi Jamahal Hill sebelum Prohazcka dan membuktikan dirinya dalam kelas tersendiri dengan kemenangan ke atas Rountree.