UFC 302: Makhachev-Poirier saling hormat selepas ‘berkicap’

Bazly Azmi
June 2, 2024 16:34 MYT
Kedua-dua petarung UFC ini dapat pujian melambung daripada peminat seluruh dunia.
Bukan saja mempamerkan semangat juang tinggi dalam UFC 302 di Prudential Center, New Jersey, Amerika Syarikat – malah sikap di luar gelanggang juga cukup positif.
Ia berbeza ketika sesi ‘face off’ yang tegang kerana dalam sidang media selepas pertarungan, kedua-duanya menunjukkan sikap matang.
Poirier akur dengan kehebatan lawan sementara Makhachev menghormati jaguh AS itu.
“Lelaki ini seorang pahlawan. Salah seorang lawan terhebat. Segunung penghormatan untuknya,” kata Machachev.
Makhachev, petarung kelahiran Dagestan, Russia menang menerusi kuncian leher di pusingan kelima yang memaksa Poirier menyerah.
Kemenangan itu menyaksikan Makhachev melebarkan rekodnya kepada 26-1-0.
#MMA #UFC #Dustin Poirier #Islam Makhachev