UFC 302: Islam Makhachev beri bayangan sedia beralih kategori selepas pertahan gelaran
Muzaffar Musa
June 2, 2024 14:58 MYT
June 2, 2024 14:58 MYT
Jaguh UFC, Islam Makhachev, memberikan bayangan bahawa dia bersedia untuk beralih ke kategori lebih berat selepas mempertahankan gelaran lightweight buat kali ketiga dalam pertarungan UFC 302 di Prudential Center, New Jersey sebentar tadi.
Raja "pound-for-pound" itu menewaskan Dustin Poirier dengan kuncian dalam pusingan kelima untuk melebarkan rekodnya kepada 26-1-0.
Selepas pertarungan sengit itu, dia berkata: "Inilah impian saya, saya mahu bertarung untuk tali pinggang kedua. Saya mahu rasakan tenaga itu sekali lagi.
"Kerana apabila anda mempertahankan tali pinggang anda, ia tidak lagi sama, saya perlukan yang baru.
"Seperti yang saya katakan, itulah impian saya."
Sebagai rekod, Makhachev kini bertarung dalam kategori lightweight (155 pound) dan berkemungkinan akan beralih ke kategori welterweight (170 pound).
The P4P number 1 is looking for new challenges ?#UFC302 | @MAKHACHEVMMA pic.twitter.com/AMfastTDqu
— UFC (@ufc) June 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.