UEL: Mourinho sindir Juventus, Lazio selepas Roma layak ke suku akhir

Muzaffar Musa
March 17, 2023 05:10 MYT
REAL SOCIEDAD 0 AS ROMA 0
(Roma ke suku akhir dengan agregat 2-0)
Jose Mourinho memberikan sindiran kepada pasukan seteru dalam Serie A, Juventus dan Lazio, selepas AS Roma layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.
Roma terikat tanpa jaringan dengan Real Sociedad dalam perlawanan kedua pusingan 16 itu, sekali gus mara ke suku akhir dengan agregat 2-0.
Bercakap kepada Sky Sport Italia selepas perlawanan itu, Mourinho tidak dapat menahan dirinya daripada memberikan sindiran sinis buat Juventus, yang turut meneruskan kemaraan selepas mengatasi Freiburg, dengan berkata pasukan itu tidak sepatutnya bersaing dalam UEL selepas disingkiran di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Dia turut menyatakan nama Lazio, yang tewas 1-2 kepada AZ Alkmar dalam Liga Persidangan Europa (UECL) awal pagi tadi -- tersingkir dengan agregat 2-4.
"Saya tidak kisah dengan keputusan seri ini kerana pada pendapat saya, ada pasukan yang tidak sepatutnya berada di sana kerana mana-mana pasukan yang tersingkir daripada sesuatu kejohanan perlu pulang ke rumah.
"Jika sebuah pasukan yang telah tersingkir dalam UCL memenangi kejohanan ini, ia langsung tidak bermakna buat saya kerana kami berada dalam kejohanan ini sejak dari awal.
"Lazio? mereka tiada kejohanan ketiga untuk disertai," katanya.

6 – Six Italian teams have been qualified to the Quarter Final stage of the UEFA European competitions for the third time in the history, after in 1998/99 (6) and in 1990/91 (7). Renaissance. pic.twitter.com/SzUXvReUqJ

— OptaPaolo (@OptaPaolo) March 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Jose Mourinho #Juventus #Lazio #Liga Europa #AS Roma