UEFA, FIFA kekal haramkan bola sepak Rusia
Najmi Iman
November 20, 2024 08:25 MYT
November 20, 2024 08:25 MYT
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melanjutkan larangan Rusia daripada menyertai mana-mana pertandingan bola sepak di seluruh dunia.
Ini bermaksud, secara automaiknya Rusia tidak akan menyertai kejohanan paling berprestij dunia, Piala Dunia 2026.
Kesatuan Bolasepak Rusia (RFU) telah mengharamkan kedua-dua pertandingan FIFA dan UEFA sejak konflik yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine pada Februari 2022.
? ????????: FIFA and UEFA have decided to maintain Russia's suspension from all international football, meaning the Russians are excluded from the 2026 World Cup. (Source: @MatchTV) pic.twitter.com/IAoaGHB0DS
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Secara keseluruhannya, ini bermakna pasukan lelaki mahupun wanita tidak boleh bermain dalam setiap penganjuran utama Eropah dan perkara itu turut dikenakan kepada setiap kelab Rusia.
Sekatan yang sama telah digunakan dalam sukan lain, dengan sesetengah sukan membenarkan pesaing individu bertanding di bawah bendera neutral seperti di bawah sepanduk Atlet Neutral Individu (AIN) atau Majlis Olimpik Rusia (ROC) ketika mahu menyertai Sukan Olimpik.