UCL: Sterling, Havertz lengkapkan kebangkitan Chelsea

Ammar Hakim
March 7, 2023 23:46 MYT
Chelsea melengkapkan kebangkitan dalam aksi timbal balik di Stamford Bridge untuk mengesahkan tempat mereka ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 awal pagi tadi dalam perlawanan kedua pusingan 16 dengan kemenangan 2-1 secara agregat.
Selepas hampir menghasilkan jaringan dalam separuh masa pertama, Raheem Sterling memberikan tuan rumah pendahuluan pada minit ke-43, sebelum sepakan penalti Kai Havertz mengesahkan slot mereka ke suku akhir.
Jude Bellingham terlepas peluang terbaik untuk menjaringkan gol buat pelawat ketika pasukan Bundesliga itu bertungkus-lumus untuk bangkit di London susulan kehilangan khidmat Julian Brandt akibat kecederaan hamstring.
Ia adalah kekalahan pertama Dortmund dalam aksi kelab dihentikan sebelum Piala Dunia, setelah memenangi 10 kemenangan berturut-turut menjelang perlawanan ini, dan merupakan kemenangan kedua Chelsea dalam tempoh seminggu ketika Graham Potter berusaha untuk mengubah nasib The Blues.

44 - Since his debut in the competition in September 2014, Raheem Sterling (44) has been involved in more Champions League goals than any other Englishman (27 goals, 17 assists), while only Wayne Rooney (30) has ever netted more in the competition amongst his compatriots. Lion. pic.twitter.com/3V1tpBaj4i

— OptaJoe (@OptaJoe) March 7, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Borussia Dortmund #Raheem Sterling #UEFA Champions League #UCL #Kai Havertz