Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, menegaskan gol gol penyamaan Manchester City dalam pertembungan sebentar tadi sepatutnya tidak disahkankan.

Kedua-dua pasukan perlu berpuas hati dengan keputusan 1-1 bagi perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Bernabeu itu tetapi bagi Ancelotti, tuan rumah sepatutnya berkelebihan menjelang aksi timbal balik minggu depan.

Ancelotti percaya bola sudah pun keluar ketika dalam kawalan pemain lawan, Bernardo Silva, tetapi pengadil memutuskan sebaliknya.

Ancelotti kemudian menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada pengadil keempat sebaik rembatan Kevin De Bruyne menggegar gawang barisan kendalian pada minit ke-67 untuk memadam kelebihan awal Madrid menerusi Vinicius Junior.





Dia dikatakan telah ditunjukkan rakaman yang dikongsi oleh beIN SPORTS yang menunjukkan bola telah melepasi garisan tepi sebelum jaringan penyamaan itu dan turut membangkitkan isu itu dalam sidang akhbarnya selepas perlawanan.

Menurutnya: “Bola sudah keluarm itu sahaja. Teknologi mengesahkannya. Saya tidak faham mengapa VAR (video bantuan pengadil) tidak digunakan.

"Pengadil tidak memberi perhatian kepada banyak perkara pada malam ini.”