Victor Osimhen telah diketepikan daripada perlawanan Liga Juara-Juara Napoli bertemu Milan awal pagi esok sekali gus menjadi tamparan hebat buat Partenopei.
Penyerang itu tidak bermain untuk pendahulu Serie A yang sejak sebelum rehat antarabangsa baru-baru ini kerana kecederaan otot yang dialami semasa bertugas di Nigeria.
Dalam perlawanan pertama mereka tanpanya, Napoli dibelasah 4-0 di tempat sendiri oleh Milan dalam aksi liga pada 2 April, sebelum bangkit dengan kemenangan 2-1 ke atas Lecce pada hari Jumaat.
Diharapkan dia akan cergas pada masanya untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Rossoneri, selepas Napoli pertama kali melangkah jauh dalam saingan UCL.
Bagaimanapun, nampaknya kelab itu menyasarkan perlawanan kedua Selasa depan untuk kepulangannya.
"Victor malangnya tidak berada dalam kedudukan untuk beraksi," presiden kelab Aurelio De Laurentiis dipetik sebagai berkata oleh La Repubblica.
"Kami berharap dia kembali secepat mungkin pada 18hb di [Stadio Diego Armando] Maradona."
Osimhen telah menjadi faktor besar dalam usaha luar biasa Napoli berada di puncak carta Serie A, dengan anak buah kendalian Luciano Spalletti menghampiri Scudetto pertama sejak 1990.
Napoli mendahului 16 mata di puncak dengan baki sembilan perlawanan, dan mereka mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama.
Osimhen telah menjaringkan 25 kali dalam semua pertandingan, dengan tiada satu pun gol itu datang daripada sepakan penalti.
Dalam kalangan pemain dari lima liga teratas, hanya Erling Haaland (38), Kylian Mbappe (28), Marcus Rashford (27) dan Robert Lewandowski (26) telah menjaringkan lebih banyak gol bukan penalti berbanding bintang Super Eagles itu.
Ammar Hakim
Tue Apr 11 2023
Inter dakap trofi Serie A
Inter Milan merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat musim apabila menumbangkan AC Milan 2-1 di San Siro, awal pagi tadi.
Serie A: Pioli sanjung profesionalisme barisan Milan
Pengurus AC Milan, Stefano Pioli, gembira dengan perpaduan dalam kalangan pemainnya tetapi berkata prestasi mereka masih perlu ditingkatkan apabila bersedia untuk melayani kunjungan Udinese, malam ini.
Serie A: Garcia tagih kemenangan Napoli sambut kunjungan Milan
Rudi Garcia berazam untuk menumbangkan AC Milan, awal pagi esok, dalam mengatur kebangkitan bagi mempertahankan kejuaraan Serie A, Napoli.
UCL: PSG sempitkan laluan AC Milan
Davide Calabria menyifatkan kegagalan penyudah sebagai punca AC Milan tumbang 0-3 kepada Paris St Germain (PSG), tetapi percaya mereka masih mampu meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Serie A: Rafael Leao memang layak ketuai kebangkitan Milan
Pengurus Milan, Stefano Pioli, menjelaskan keputusannya melantik Rafael Leao sebagai ketua pasukan adalah berdasarkan sikap pemain kelahiran Portugal itu sendiri.
Milan dituntut melabur tingkatkan kualiti skuad sebaik jamin tiket UCL
Stefano Pioli menggesa Milan agar berani melabur selepas mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim ketiga berturut-turut.
Milan terjemah prestasi UCL ke peringkat domestik
Stefano Pioli memuji Milan yang mengulangi persembahannya hebat mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menumbangkan Lecce 2-0 dalam perlawanan Serie A, awal pagi tadi.
Olivier Giroud-Milan capai kesepakatan baru
Milan memperbaharui kontrak Olivier Giroud dan pemain antarabangsa Perancis tersebut dilaporkan bersetuju untuk kekal di kelab itu hingga akhir musim depan.
UCL: Milan ketepikan sentimen potensi jumpa Inter dalam separuh akhir
Stefano Pioli berhasrat menikmati kejayaan Milan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) sebentar tadi, bukannya potensi berdepan musuh setempat, Inter.
UCL: Pengalaman bezakan Napoli-Milan -- Spalletti
Luciano Spalletti menyifatkan pengalaman cetek dan masalah kecergasan Napoli menjadi punca langkah mereka dimatikan dalam Liga Juara-Juara (UCL) oleh Milan, sebentar tadi.
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique's Paris Saint-Germain will capture their third consecutive Ligue 1 title if results go their way on Wednesday.
Mikel Arteta salutes ‘unbelievable’ Kai Havertz after another impressive display
Enzo Maresca delighted as ‘fantastic’ Leicester move to brink of promotion
Garry Monk unhappy with penalty decision that cost Cambridge two valuable points
Grant McCann hails ‘outstanding’ response as Doncaster close on play-off spot
Darrell Clarke urges Cheltenham fans to get behind team in bid to stay up
They must win at Stevenage and hope Burton fail to beat Fleetwood and or Cambridge lose to Port Vale.