Muzaffar Musa
Wed Mar 15 2023

MANCHESTER CITY 7 RB LEIPZIG 0
(City ke suku akhir dengan agregat 8-1)
Lima gol yang dijaringkan Erling Haaland membawa Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan cukup bergaya apabila membelasah RB Leipzig 7-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi.
Penyerang itu menjaringkan hatrik dalam separuh masa pertama, termasuk dua gol dalam tempoh dua minit, sebelum menambah dua lagi jaringan selepas waktu rehat perlawanan di Stadium Etihad itu untuk City membuktikan keunggulan dengan kemenangan agregat 8-1.
Dengan 39 gol yang dihasilkannya musim ini, Haaland mengatasi rekod jaringan terbanyak semusim buat City yang sebelum ini dipegang Tommy Johnson sejak musim 1928-29 selain membantu pasukan bimbingan Pep Guardiola itu menyamai rekod kemenangan terbesar mereka bagi satu perlawanan peringkat Eropah.
Dia sebelum itu turut memecahkan rekod sebagai pemain termuda dan tercepat mencecah 30 gol dalam saingan UCL dan ketajamannya di depan gawang serta sejarah yang telah dipahatnya sudah pasti membuatkan Haaland menjadi buah mulut di Eropah untuk tempoh yang panjang tidak kira apa yang terjadi selepas ini.
Haaland memulakan perlawanan kali ini dengan amat bertuah apabila pengadil, Slavko Vincic, menghadiahkan City sepakan penalti selepas insiden bola terkena tangan yang mendapat protes Benjamin Henrichs.
Dia kemudian mudah menyempurnakan sepakan penalti itu sebelum menggandakan jaringan peribadinya dengan menanduk masuk lantunan susulan percubaan awal Kevin de Bruyne.
Haaland kemudian mencatatkan jaringan hatrik di penghujung babak pertama apabila menerima tandukan Ruben Dias sebelum melakukan penyudah jarak dekat.
Ilkay Gundogan turut mencatatkan nama selaku penjaring pada minit keempat babak kedua tetapi Haaland kemudian menambah dua lagi gol jarak dekat menjelang sejam permainan.
Dia kemudian dibawa keluar pada minit ke-63 dan mendapat sorakan gemuruh dari segenap tempat duduk penonton sebelum De Bruyne menjaringkan satu lagi gol buat City dalam waktu kecederaan.

Liga Super: Cabaran sengit menanti Kedah lawan Sabah
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, menjangkakan satu cabaran sengit akan dihadapi pasukannya apabila menerima kunjungan Sabah FC dangan saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.

Liga Super: Kelantan United mahu ungguli Derby Kelantan
Kelantan United FC memasang impian besar untuk mengalahkan seteru setempat, Kelantan FC, dalam pertembungan Derby Kelantan di Kota Bharu malam esok.

Irfan Bakti kemalangan ketika pulang dari masjid, kini stabil
Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam.

UiTM kembali ke kancah Liga Malaysia
Pasukan berstatus universiti, UiTM FC, sah akan membuat kemunculan semula dalam kancah Liga Malaysia setelah menarik diri daripada Liga Super 2023.

Kelab tidak boleh sekat gaji pemain -- Syed Yazid
Tindakan pemilik kelab bola sepak yang menyekat gaji pemain adalah salah dan tiada undang-undang yang membenarkan perkara itu berlaku.

Persahabatan antarabangsa: Harimau Malaya batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
Perlawanan persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.

PFAM terima laporan tunggakan gaji Kelantan FC
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan sudah menerima laporan membabitkan tunggakan gaji pemain Kelantan FC.

Kejohanan AFF B-23: FAM akan cuba panggil Luqman Hakim, Nooa Laine
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata badan induk itu akan berusaha untuk mendapatkan khidmat dua pemaian yang sedang beraksi di Eropah, Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine, bagi Kejohanan AFF B-23 di Thailand pada Ogos depan.

Everton terselamat, sekali lagi terima kasih penyokong
Buat musim kedua berturut-turut, Everton terselamat daripada relegasi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan lebih daripada segala yang lain, kelab Merseyside itu terhutang ‘survival’ mereka kepada dorongan kuat penyokong.

Ten Hag kecapi detik pertama dinantikannya bersama United
Erik ten Hag harus tidak boleh dipersalahkan jika pengurus dari Belanda itu beranggapan tugas besar pertama dalam musim pengenalannya bersama Manchester United sudah pun terlaksana.

Phil Neville sacked as manager with Inter Miami bottom of Eastern Conference
Neville was appointed in January 2021.

Kris Doolan insists Partick Thistle will not sit back in second leg
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham gave Thistle the advantage in the first leg.

Dawid Malan leads Yorkshire to Roses win as Jos Buttler fails to fire Lancashire
After Malan hit a superb 83 off 50 balls in the Vikings’ 195 for six.

Partick Thistle hold upper hand after first-leg victory over Ross County
Aidan Fitzpatrick and Brian Graham were on target for the Jags.

French Open day five: Iga Swiatek eases through as Daniel Altmaier shocks Sinner
The story of the fifth day of action at Roland Garros.

PGMOL condemns ‘abhorrent’ abuse of referee Taylor at Budapest airport
The Premier League official was accosted by angry fans at Budapest airport following the Europa League final between Roma and Sevilla

Leeds owner Radrizzani ‘appalling’ over reported Elland Road loan security deal
The Athletic claimed Radrizzani had offered to use Leeds’ stadium as collateral when securing a £26million bank loan to buy Sampdoria.

Almost perfect start to big summer – Stuart Broad hails dominant England display
Broad’s five-wicket haul was followed by half-centuries for Zak Crawley (56) and Ben Duckett (60) at Lord’s.

England openers shine after Stuart Broad takes five on first day against Ireland
Broad claimed five for 51 to dismiss Ireland for 172 before England closed on 152 for one.

Russian teenager Andreeva dreams of ‘winning 25 grand slam titles’
The Russian is making a big impression at Roland Garros.