Tyson Fury umum bersara buat kali kedua
King Hisyam
January 14, 2025 13:45 MYT
January 14, 2025 13:45 MYT
Bekas juara tinju heavyweight dunia, Tyson Fury, sekali lagi mengumumkan bersara daripada dunia sukan itu pada Isnin.
Fury, 36, yang baru sahaja mengalami kekalahan dalam perlawanan ulangan dengan juara WBA, WBC dan WBO, Oleksandr Usyk, Disember lalu sebelum ini pernah mengumumkan perkara yang sama pada April 2022 selepas menewaskan Dillian Whyte.
Begitupun, dia keluar daripada persaraan selepas enam bulan kemudian.
Peninju Britain itu setakat ini memegang rekod dengan 34 kemenangan, dua kekalahan dan satu seri sepanjang tempoh penglibatanya dalam dunia tinju.
"Hai semua, saya akan melakukanya dengan cara paling singkat dan manis, sukacita saya ingin memaklumkan persaraan saya dari dunia tinju.
"Ia sebenarnya telahpun tersebar ketika ini dan saya ingin memaklumkan saya sangat gembira sepanjang penglibatan saya dalam dunia tinju." Katanya kepada media antarabangsa.
Antara pencapaian terbaik yang pernah dilakar termasuklah ketika dia mengejutkan seluruh dunia apabila mampu menewaskan juara dunia Vladimir Klitschenko pada 2015.
Bagaimanapun, selepas itu Tyson Fury berehat selama dua tahun setengah untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental sebelum kembali beraksi di gelanggang pada 2018.
Namun, dia berjaya merangkul dua gelaran kejuaraan sekembalinya ke dunia tinju selepas menewaskan Deontay Wilder sekaligus merampas tali pinggang WBC pada 2020.