Turun sebagai atlet termuda triatlon lelaki, Chong Xian Hao, tidak terdaya mencabar atlet negara lain yang jauh berpengalaman apabila sekadar menamatkan cabaran di tangga ke-30 daripada 36 peserta dalam Sukan Komanwel di Southport Broadwater Parklands, Gold Coast, hari ini.
Pada usia 17 tahun, cetek pengalaman jelas menjadi penyebab Xian Hao melakukan beberapa kesilapan ketika bersaing dalam disiplin renang sehingga ketinggalan sejak peringkat awal.
Semangat untuk cuba bangkit dalam disiplin berbasikal, mengakibatkan dia terlalu kepenatan dalam disiplin larian untuk menamatkan perlumbaan dalam tempoh 1j04:45 saat.
Masa itu terlalu jauh daripada catatan yang pernah dilakukannya ketika muncul juara peringkat kebangsaan tahun lalu dengan catatan 57:54s.
Acara itu dimenangi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio dari Afrika Selatan, Henri Schoeman.
Pingat perak dimenangi atlet tuan rumah, Jacob Birtwhistle, sementara gangsa menjadi milik wakil dari Scotland, Marc Austin.
"Saya agak gementar kerana saya tahu saya yang paling muda di sini. Ia memberikan saya banyak tekanan.
"Ada yang dua kali ganda usia saya. Tetapi dalam setiap perlumbaan, saya belajar sesuatu," kata Xian Hao.
Sementara itu, masalah berbeza pula buat atlet wanita negara, Serena Yang, apabila mengakhiri cabaran di tangga terakhir daripada 24 peserta.
Dia menyalahkan laluan berbasikal yang terlalu teknikal menjadi punca dia gagal menempatkan diri sekurang-kurangnya di pertengahan kedudukan.
"Dalam berbasikal, kelemahan saya ialah ketika membuat pusingan U. Ia juga membuatkan saya hilang sedikit keyakinan dan laluannya juga sukar," kata Serena.
Penulis Jemputan
Thu Apr 05 2018
Lukaku among five withdrawals from Belgium squad
Lukaku withdraws from Belgium squad
Kane club versus country comments 'just a reminder' to England withdrawals
Kane giving England a reminder
McIlroy aiming to end 2024 on a high after taking share of Dubai lead
McIlroy targets big end to season
Donnarumma: France can still hurt Italy without Mbappe
Donnarumma: France still a threat
ATP Finals: Fritz stuns Zverev to reach year-end showpiece match
ATP Finals: Fritz downs Zverev
Nadal 'couldn't ask for more' ahead of final career event
Nadal 'couldn't ask for more'
Tottenham 0-3 Arsenal: Gunners stay unbeaten under Slegers with derby rout
Report: Tottenham 0-3 Arsenal
'It will happen in a year, two years' - Ronaldo hints at retirement date
Ronaldo drops retirement hit
Bulls croak as Cavs celebrate 14-0 start with new frog mascot
Unbeaten Cavs get new frog mascot
McIlroy shares Dubai lead with Rozner, Hojgaard after three rounds
McIlroy in three-way tie for lead