Tokyo 2020: Juara bertahan, Schooling gagal ke separuh akhir

Ammar Hakim
July 29, 2021 02:39 MYT
Juara Olimpik, Joseph Schooling, berikrar tidak akan menamatkan karier renang dengan kenangan pahit selepas gagal ke separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo semalam.
Schooling menamatkan saingan di tempat terakhir saringan acara 100 meter kuak kupu-kupu di Pusat Akuatik Tokyo, melakukan catatan masa 53.12 saat. 16 terbaik layak ke separuh akhir dan Schooling menghuni tangga ke-44 secara keseluruhan daripada 55 perenang.
Rekod Singapura yang dipegang Schooling kekal dengan 50.39 saat, di mana dia melakukannya ketika Rio 2016 ketika muncul pemenang pingat emas serta rekod Olimpik.
Menerusi CNA, Schooling mengatakan bahawa catatan masanya tidak menggambarkan usaha yang dia dan pasukannya lakukan.
"Sukar untuk ditelan dan menerimanya, tetapi dalam masa sama, anda terus berjuang pada hari esok. Dan saya sudah pasti tidak mahu berakhir sebegini," katanya.
#Joseph Schooling #Singapura #Sukan Olimpik Tokyo
;