Tokyo 2020: Durant percaya barisan pemain AS mula temui rentak
Ammar Hakim
August 3, 2021 06:00 MYT
August 3, 2021 06:00 MYT
Kevin Durant percaya pasukan Amerika Syarikat mula menemui keselesaan beraksi sebagai sepasukan dengan pingat emas Sukan Olimpik menjadi sasaran apabila melepasi rintangan berliku ketika mengatasi Sepanyol.
Durant menjadi watak penting buat pasukan AS, meraih 29 mata apabila menang 95-81 dalam suku akhir Tokyo 2020.
Skuad kendalian Gregg Popovich ketinggalan dalam suku pertama sebelum jurang 10 mata memisahkan kedua-dua pasukan sebelum menemui rentak mengikat kedudukan.
Mereka terus ke hadapan dalam baki dua suku permainan bagi menempah pertemuan dengan Australia, dengan Durant kelihatan mula berkembang dengan pasukan AS yang dijangka merebut pingat emas.
"Sepanyol telah menampilkan permainan yang terbaik, gerakan pantas sementara bertahan dengan baik," kata Durant.
"Jadi kami mengetahui apa yang harus dilakukan dan kami kini berada dalam kedudukan yang baik. Pemain-pemain mula memahami peranan dan semakin selesa beraksi dalam pasukan ini.
"Kami akan terus menampilkan permainan yang terbaik. Tumpuan kami sekarang terarah untuk meraih pingat emas."