Tinju: Fury janji 'hapus' Wilder
Ammar Hakim
October 9, 2021 13:23 MYT
October 9, 2021 13:23 MYT
Tyson Fury telah berjanji untuk "menghapuskan" Deontay Wilder apabila mempertaruhkan gelaran dunia WBC kategori heavyweight menjelang pertarungan buat kali ketiga di T-Mobile Arena.
Petinju berusia 33 tahun itu kelihatan dalam keadaan fizikal yang terbaik berbanding pertarungan bertemu Wilder 20 bulan lalu.
Ketika Wilder turut kelihatan dalam keadaan yang terbaik, Fury menjelaskan tidak percaya bakal berdepan masalah mengatasi lawan dari Amerika Syarikat itu buat kali kedua berturut-turut.
"Pertarungan ini bermaksud penghapusan keseluruhan! Pemusnahan secara total. Itulah maksud pertarungan ini bagi saya.
"Saya akan melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah Wilder nanti."
Wilder pula berkata, "Saya mahu kelihatan dalam kondisi yang terbaik dan kelihatan menarik," kata Wilder. "Dengan kemampuan saya, saya percaya mampu mengatasi Fury.
"Kekal tenang adalah kunci terbaik sebelum menghadapi pertarungan. Saya mengetahui jika daripada aspek ini, ia menjejaskan saya dan melakukan keputusan yang salah.
"Jadi ini adalah masa terbaik untuk membuktikan kepada dunia dan memperkenalkan kepada semua siapa Deontay Wilder."