Penaung Selangor FC, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dalam kenyataannya meluahkan kebimbangan terhadap insiden berunsur keganasan membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Kejadian ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak kerana ia merupakan perbuatan yang melampaui batas dan melibatkan nyawa seseorang.

Baginda bersama Pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) meyiasat perkara itu dengan sepenuh perhatian bagi menangkap pelaku berkenaan.

Baginda bertitah supaya pihak yang mempunyai maklumat jelas tentang perkara itu tampil untuk memberikan laporan dan kerjasama kepada PDRM.