Terkini Piala FA: Kuching City heret Selangor ke masa tambahan

Saufi Tahir
July 6, 2024 23:23 MYT
Perlawanan suku akhir kedua terikat 3-2 dengan agregat 4-4 untuk memastikan Selangor dan Kuching City bakal meneruskan cabaran dalam masa tambahan dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.
Separuh masa pertama menyaksikan Selangor kembali mengimbangi perlawanan setelah memadam kelebihan Kuching City untuk mendahului 2-1 hasil jaringan Alvin Fortes dan Ahmad Zikri Khalili, manakala jaringan pertama Kuching City dijaringkan oleh Nur Shamie Iszuan.
Untuk rekod, Selangor tewas 2-1 dalam perlawanan pertama Piala FA yang berlangsung di Stadium Negeri, Sarawak minggu lalu.
Begitupun, perlawanan terhenti seketika pada minit ke-80 sekitar 15 minit susulan masalah lampu limpah terpadam.
Peluang terbaik Kuching City hadir pada minit akhir perlawanan tetapi Sam Somerville berjaya menyelamatkan gawang Selangor untuk kedudukan kekal 2-1.
Kad merah dilayangkan kepada Yohandry Orozco selepas insiden pergaduhan dan pengadil perlawanan mendakwa dia menyiku Diego Baggio Test.
Begitupun, jaringan pada minit akhir Alvin Fortes membawa Selangor ke peringkat separuh akhir Piala FA berdepan cabaran Terengganu.
Hantaran pemain Kuching City yang tidak berjaya diselamatkan kemas membuka peluang buat Alif Hassan menajaringkan gol penyamaan untuk membawa perlawanan ke masa tambahan.
#bola sepak #Selangor #FA #Piala #Kuching City