Perjuangan raja pecut negara, Azeem Fahmi, dalam Sukan Olimpik Paris 2024, tamat dalam pusingan pertama apabila menduduki tangga tercorot saringan kedua pusingan pertama di Stade de France sebentar tadi.

Selepas menamatkan saringan pertama pusingan kelayakan di tempat kedua dengan 10.42 saat, Azeem, bagaimanapun, gagal memperbaiki catatan itu apabila sekadar mencatatkan 10.45 saat dalam pusingan pertama, sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada temasya itu.