Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menamatkan pusingan saringan pertama di tempat kedua di Stade de France sebentar tadi.

Pelari berusia 20 tahun itu menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.42 saat.

Pelari Gambia, Ebrahima Camara, muncul pelari terpantas saringan berkenaan dengan 10.29 saat.