Terbuka Taiwan: Justin Hoh atasi seteru sebaya untuk ke suku akhir

Najmi Iman
September 5, 2024 16:17 MYT
Pemain muda perseorangan negara, Justin Hoh, mempamerkan kebangkitan sensasi apabila berjaya menewaskan pemain ranking ke-70 dunia, Yohanes Saut Marcellyno, dalam pusingan ke-16 Terbuka Taiwan BWF, sebentar tadi.
Pertemuan kali kedua mereka itu menyaksikan atlet berusia 20 tahun itu menebus kekecewaan sulung mereka ketika peringkat remaja, tiga tahun lalu.

RESULTS: #TaipeiOpen2024 R16#MAS?? Justin Hoh def. #INA?? Yohanes Marcellyno 12-21 21-9 21-14 ⏱️ 54m ? @badmintonphoto #GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/i3MVXQwpSI

— BAM (@BA_Malaysia) September 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wakil Indonesia itu terlebih dahulu memenangi set pertama dengan jurang 10 mata 21-12 namun, Justin Hoh kembali memberikan cabaran di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan di Taipei Arena.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu menghidupka peluang ke pusingan seterusnya susulan mendominasi set ketiga untuk mengakhiri cabaran lawan 21-14.
Bagaimanapun, laluan perseorangan wanita negara, S. Kisona, ke suku akhir disekat Putri Kusuma Wardani selepas kecundang 21-8, 21-16.
#badminton #Justin Hoh #Terbuka Taiwan