Sebulan sebelum Sukan SEA membuka tirai, atlet lontar peluru negara, Jonah Chang, mahu menggantikan namanya sebagai pemegang rekod kebangsaan yang baru di Terbuka Singapura bulan depan.

Empunya badan itu sendiri tidak menjangkakan keputusannya di Filipina memberikan gambaran cukup baik menjelang temasya dwitahunan pertamanya di Kemboja.

Catatan 17.43 meter yang dilakukan Jonah di Terbuka Filipina berjaya mengatasi catatan pingat perak dilakukan peserta Thailand, Jakkapat Noisri di Sukan SEA Hanoi lalu.

Jonah juga hampir menyaingi rekod kebangsaan 17.54m yang dipegang Adi Alifuddin Hussin yang dilakukan di Sukan SEA Palembang 12 tahun lalu.

"Saya memburu rekod kebangsaan di Terbuka Singapura sekaligus menjadi catatan terbaik peribadi di sanan nanti," kata Jonah.

Pemegang emas Sukan SEA, William Morrison dari Filipina bagaimanapun tidak kelihatan di Terbuka Filipina baru-baru ini seolah-olah berteka-teki dengan prestasi semasanya menjelang aksi sebenar di Kemboja nanti.

"Untuk Sukan SEA kali ini, saya menyasarkan mempamerkan persembahan terbaik. Pesaing utama saya di Kemboja nanti Thailand serta Filipina."