Terbuka Singapura 2023: Eain Yow dan Rachel terkandas di pusingan kedua

King Hisyam
November 15, 2023 11:29 MYT
Juara Asia Ng Eain Yow gagal meneruskan kemaraan di Terbuka Singapura apabila terpaksa akur dengan kehebatan jaguh dari Mesir yang juga pilihan ke-7 kejohanan Youssef Soliman dalam aksi 4 set permainan pada pusingan kedua petang tadi.
Eain Yow bagaimanapun mempamerkan aksi garang dengan pukulan mantap di set pertama sehingga memaksa permainan ke mata dius sebelum mencatat kemenangan 13-11.
Bagaimanapun jaguh negara itu gagal mengekalkan rentak permainan yang sama pada tiga set permainan berikutnya.
Eain Yow tewas dengan 9-11,6-11 dan 2-11 untuk menutup aksinya pada kejohanan kali ini.
Hari cemerlang jaguh Mesir diteruskan lagi selepas itu yang menyaksikan pemain wanita negara Rachel Arnold turut ditewaskan.
Rachel dijinakkan oleh pilihan ke-5 kejohanan Salma Hany dalam 3 set permainan dengan 7-11,4-11 dan 6-11.
#Skuasy