Terbuka AS: Serena, Venus terima tiket wildcard acara beregu

Ammar Hakim
August 27, 2022 05:55 MYT
Serena dan Venus Williams telah menerima penyertaan wildcard untuk bermain beregu wanita di Terbuka AS.
Pemenang beregu dua kali di Flushing Meadows mungkin akan muncul pada kejohanan itu buat kali terakhir pada 2022, dengan Serena sudah mengumumkan hasratnya untuk bersara daripada tenis tidak lama lagi.
Kedua-dua adik-beradik itu telah menyertai undian perseorangan, dengan Serena berdepan Danka Kovinic pada pusingan satu manakala Venus memulakan kempennya menentang Alison van Uytvanck.
Pasangan itu tidak bermain dalam acara beregu utama bersama sejak Terbuka Perancis 2018, mengalami kekalahan pada pusingan ketiga, dan kali terakhir berpasangan di New York pada 2014, apabila mereka mara ke suku akhir.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka merangkul 14 gelaran beregu utama dan tiga pingat emas Olimpik bersama-sama dan akan disatukan semula selepas Terbuka AS mengumumkan 14 pasangan wildcard untuk acara beregu semalam.
Penglibatan Serena di Terbuka AS bermula Isnin, dengan Venus menyusul pada Selasa, sebelum pusingan pertama beregu wanita dijadualkan pada Rabu dan Khamis.

Serena and Venus on the same court.The 2x #USOpen women's doubles champions have accepted a wild card. pic.twitter.com/pu3GPeL8BM

— US Open Tennis (@usopen) August 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Serena Williams #Venus Williams #Tenis #Terbuka AS
;