Terbuka Perancis: Zverev sekat kebangkitan Alcaraz untuk ke separuh akhir
Muzaffar Musa
May 31, 2022 07:54 MYT
May 31, 2022 07:54 MYT
Alexander Zverev menewaskan pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia dalam pertandingan grand slam buat kali pertama sepanjang kariernya apabila mengatasi Carlos Alcaraz untuk ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Perancis awal pagi tadi.
Walaupun berada di ranking lebih tinggi, Zverev kelihatan sebagai pemain bukan pilihan dalam perlawanan itu tetapi dia mempamerkan aksi mantap untuk menang 6-4, 6-4, 4-6, 7-6 dan akan berdepan Rafael Nadal dalam pusingan berikutnya.
Aksi kurang kemas Alcaraz membantu Zverev memenangi dua set pertama tetapi pemain remaja berbakat Sepanyol itu bangkit dengan penuh bergaya untuk memenangi set ketiga dan kelihatan seakan-akan sudah dapat mengubah nasibnya.
Zverev tidak dapat lagi mengawal aksi-aksi rali dan kelihatan sukar untuk mengatasi kekuatan dan kemahiran yang dipamerkan Alcaraz tetapi dia kemudian mempamerkan semangat luar biasa untuk mengejar dan mengatasi lawan itu.
Kemenangan itu juga menyaksikan Zverev mara ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali kedua sepanjang kariernya, di mana hanya Boris Becker merupakan satu-satunya pemain Jerman lain dengan rekod lebih baik, iaitu sebanyak tiga kali.
2 - Only Boris Becker (three) has reached more ATP semi-finals at the #RolandGarros than Alexander #Zverev (two, level with Michael Stich) among German players, however Zverev is the first to reach back-to-back SFs in this tournament. Vanquisher. pic.twitter.com/qkzJlDLvDD
— OptaAce (@OptaAce) May 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.