Terbuka Perancis: Nadal ke final kali ke-14 selepas Zverev tarik diri
Muzaffar Musa
June 4, 2022 09:36 MYT
June 4, 2022 09:36 MYT
Rafael Nadal mara ke final Kejohanan Tenis Terbuka Perancis dbuat kali ke-14 selepas lawannya, Alexander Zverev, terpaksa menarik diri kerana kecederaan serius dalam aksi separuh akhir di Gelanggang Philippe-Chatrier awal pagi tadi.
Zverez terpaksa dibantu dengan kerusi roda sebelum kelihatan bertongkat untuk menarik diri selepas mengalami kecederaan buku lali sewaktu penentuan 'tie-break' set kedua -- Nadal memenangi set pertama 7-6.
Selepas berada di atas gelanggang selama lebih tiga jam walaupun aksi itu tidak dapat ditamatkan, Nadal mengesahkan pertemuan dengan Casper Ruud dalam final kejohanan itu bagi meneruskan pemburuan gelarannya yang ke-14 di Roland Garros.
Lebih menarik, kejayaan ke final kali ke-14 itu dilakukan pemenang 21 gelaran grand slam berkenaan pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Sebagai rekod, Nadal merupakan pemenang terbanyak kategori lelaki di Roland Garros dengan 13 gelaran daripada 13 aksi final.
Get well soon, Alexander ?#RolandGarros pic.twitter.com/Is3k7dHiUo
— Roland-Garros (@rolandgarros) June 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.