Terbuka Perancis: Alexander Zverev mara ke final

Ammar Hakim
June 7, 2024 07:48 MYT
Alexander Zverev melangkah ke final Grand Final kedua selepas mengatasi Casper Ruud, 2-6, 6-2, 6-4, 6-2 dalam saingan Terbuka Perancis di Gelangang Philippe-Chatrier.
Ruud mara ke separuh akhir dengan berkelebihan tempoh rehat susulan Novak Djokovic menarik diri, dan mengawal permainan dengan penuh bergaya sehingga berjaya memastikan kemenangan dalam set pembukaan.
Bagaimanapun, Zverev meningkatkan kualiti permainan pada set berikutnya dan mengekalkan momentum untuk memastikan kemenangan sekaligus melangkah ke final Grand Slam kedua tahun ini.

2 - Alexander Zverev is only the second German player in the Open Era to reach the Men’s Singles final at Roland Garros after Michael Stich (1996). Triumphant. #rolandgarros | @rolandgarros @atptour pic.twitter.com/skfr5hbNbu

— OptaAce (@OptaAce) June 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia menjadi pemain kelima dalam dua dekad lalu untuk mara ke final perseorangan lelaki pada kedua-dua acara pada tahun yang sama, selepas Andy Murray, Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer.
Dia akan menentang Carlos Alcaraz dalam perlawanan pameran Ahad ini, setelah memenangi lima daripada sembilan pertemuan dengan pemain Sepanyol itu.
#Alexander Zverev #Terbuka Perancis #Casper Ruud
;