Terbuka Madrid: Alcaraz mudah atasi Zverev untuk ke suku akhir
Muzaffar Musa
May 3, 2023 10:31 MYT
May 3, 2023 10:31 MYT
Carlos Alcaraz mudah mengatasi Alexander Zverev untuk layak ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Madrid malam tadi.
Dalam aksi ulangan final edisi lalu itu, Zverev kelihatan masih bergelut untuk mendapatkan pretasi terbaiknya selepas mengalami kecederaan buku lalu serius dalam Terbuka Perancis musim panas lalu dan kali ini, dia jelas tidak dapat menyaingi jaguh muda Sepanyol, Alcaraz, yang meraih kemenangan 6-1, 6-2 di Caja Magica.
Alcaraz, yang sedang memburu gelaran kedua berturut-turut selepas bergelar juara di Barcelona minggu lalu, mendominasi sejak dari awal pertarungan, di mana pukulan terus yang dilakukan Zverev kerap terkeluar gelanggang.
NO MERCY ?#MMOpen @carlosalcaraz pic.twitter.com/Sj2nx5Nx7t
— Tennis TV (@TennisTV) May 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain itu, yang akan berusia 20 tahun pada Jumaat ini, berkata dalam temu bual di atas gelanggang: "Bagi saya ia sesuatu yang luar biasa untuk bermain di tahap seperti hari ini.
"Ia menjadi tanda tanya buat saya -- kemenangan ini tidak normal. Saya bermain baik. Saya berasa amat bagus ketika ini dan perlawanan ini memberikan saya lebih keyakinan."