Terbuka Madrid: Alcaraz kian hampir pertahan kejuaraan
Muzaffar Musa
May 1, 2023 13:37 MYT
May 1, 2023 13:37 MYT
Juara bertahan Carlos Alcaraz, semakin hampir untuk mempertahankan gelarannya apabila mengatasi Grigor Dimitrov secara set langsung untuk layak ke pusingan 16 Kejohanan Tenis Terbuka Madrid awal pagi tadi.
Pemain Sepanyol itu mengujakan penyokong negaranya di Caja Majica untuk meneruskan kemaraan dengan kemenangan 6-2, 7-5.
Dimitrov tewas sebanyak dua kali sewaktu memegang servis dalam set pertama dan tidak dapat mempamerkan kebangkitan ke atas lawan di ranking nombor dua dunia itu.
Dengan kemenangan itu, Alcaraz menempah pertemuan menarik menentang Alexander Zverev dalam pusingan keempat sebagai ulangan aksi final tahun lalu.
Zverev, dalam pada itu, turut tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan ketiga dengan menewaskan Huga Grenier 6-1, 6-0.
Turut melangkah ke pusingan 16 ialah Andrey Rublev dan Karen Khachanov, yang masing-masing menewaskan Yoshihito Nishioka dan Roberto Bautista Agut.
Bagaimanapun, pemain pilihan ke-12, Hubert Hurkacz, terkandas selepas tewas 6-7, 3-6 kepada Borna Coric.
¡4R a la vista! ? ?? @carlosalcaraz encuentra su versión más sólida ante Grigor Dimitrov (6-2, 7-5) en tercera ronda del #MMOPEN pic.twitter.com/bxc620QRA1
— #MMOPEN (@MutuaMadridOpen) April 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.