Terbuka Kanada: Murray atasi Sonego untuk ke pusingan kedua

Muzaffar Musa
August 9, 2023 09:29 MYT
Andy Murray mara ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Kanada apabila menewaskan Lorenzo Sonego di Toronto awal pagi tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu, yang pernah memenangi tiga gelaran di Kanada -- dengan yang terakhir pada 2015 -- menewaskan wakil Itali, Sonego, 7-6, 6-0.
Dalam aksi panjang set pertama, Murray menyelamatkan dua mata set di kedudukan 4-5 sewaktu servis di tangannya.

Victory smile ? Super display from @andy_murray who gets past Sonego 7-6(3), 6-0!@NBOtoronto | #NBO23 pic.twitter.com/zIpqgiuXsC

— ATP Tour (@atptour) August 8, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain Scotland itu terlepas dua mata pertama dalam tie-break tetapi memenangi enam mata berikutnya untuk memenangi set berkenaan selepas bertarung selama 88 minit.
Set kedua pula jelas memihak kepada dominasi Murray dan dia kemudian menyudahkan mata akhir pertamanya dalam set berkenaan selepas aksi keseluruhan yang berlangsung selama dua jam dan sembilan minit.
Murray seterusnya akan berdepan wakil Australia, Max Purcell, bagi penentuan ke pusingan ketiga.
#Andy Murray #Tenis #Lorenzo Sonego #Tenis Terbuka Kanada
;