Terbuka AS: Jadi pemain nombor satu dunia beri makna besar buat Aryna Sabalenka

Muzaffar Musa
September 5, 2023 11:22 MYT
Aryna Sabalenka mencapai salah satu impiannya dalam Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun ini dan sedang berpeluang untuk menggapai satu lagi cita-citanya.
Pemain Belarus itu, yang juga merupakan pemain pilihan kedua kejohanan berkenaan, akan bergelar pemain nombor satu dunia minggu depan selepas penyandang, Iga Swiatek, tewas kepada Jelena Ostapenko hujung minggu lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu mara ke suku akhir di Flushing Meadows awal pagi tadi selepas melakarkan kemenangan 6-1, 6-3 ke atas Daria Kasatkina.
"Saya amat yakin Iga akan ke final. Saya sedih dengan kekalahannya tetapi menjadi pemain nombor satu dunia membawa makna yang besar buat saya," kata Sabalenka.
========

The final 8 are locked in on the women's side ? pic.twitter.com/m3Tkt7zpfU

— US Open Tennis (@usopen) September 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya mendorong diri saya sepanjang tahun ini untuk mencapai sasaran ini dan saya masih tidak mempercayainya tetapi saya tidak mahu terganggu dalam perlawanan malam ini."
Kekalahan Swiatek menyaksikan akan ada juara wanita baru Terbuka AS tahun ini dengan Sabalenka kini menjadi pemain pilihan utama untuk meraih kejayaan berkenaan.
Dia akan berdepan pemain China, Zheng Winwen -- yang menumbangkan naib juara edisi lalu, Ons Jabeur -- dalam suku akhir.
#WTA #Tenis #Grand Slam #Aryna Sabalenka #Tenis Terbuka Amerika Syarikat
;