Terbuka Australia: Djokovic berang provaksi 'Sang pengecut'!
Radzi RH
January 18, 2024 13:21 MYT
January 18, 2024 13:21 MYT
Siapa buat ‘Raja Grand Slam’ berang?, ini gara-gara provokasi berterusan penyokong di Rod Laver Arena ketika aksi melewati set keempat ketika 'The Joker' berdepan cabaran pemain tuan rumah -- Alexei Popyrin dalam pusingan kedua Terbuka Australia di Melbourne Park.
Novak Djokovic yang ketika itu mendahului permainan sedikit terusik dengan kata-kata nista yang seakan cuba untuk merapuhkan semangat berkobar-kobar juara 10 kali kejohanan itu sehinggalah Djokovic tampil membidas semula ejekan penyokong!
“Say it to my face! -- laung Djokovic yang akur kecewa namun masih miliki sisa semangat untuk tutup mulut pengkritik!! Dan seperti diramalkan Djokovic meluncur cukup garang ke pusingan ketiga menerusi kemenangan 6-3, 4-6, 7-6, 6-3 sekaligus menutup aksi dengan jeritan kelegaan sebagai tanda puas hati atas desakan dilempar ‘sang pengecut’ yang berada dalam kalangan penonton!
Selepas ini Djokovic bakal diuji pilihan ke-30 kejohanan, Tomas Martin Etcheverry dalam aksi pusingan ketiga yang dijadual berlangsung pada Sabtu.