Terbaik 2022 (30-21): JDT layak ke peringkat 16 terbaik ACL, Malaysia capai sasaran Sukan SEA Vietnam, Wai Ching jadi nombor satu dunia

Edleen Ismail
December 30, 2022 10:42 MYT
Sempena ambang Tahun Baharu 2023, Astro Arena imbas kembali 50 kisah terbesar dalam sukan tempatan dan dunia sukan pada tahun 2022. Saksikan juga 'Terbaik 2022' pada 31 Disember 7.30 malam di Astro Arena 801 dan Astro GO.

30. SOH WAI CHING PELARI MENARA NOMBOR SATU DUNIA

Wai Ching yang juga merupakan juara Empire State Building Run meraih kemenangan ke-12 berturut-turut di Dubai pada bulan November.

29. SELANGOR LION MENANG SOOKA SUPER SERIES VOLLEYBALL

Selangor Lion dinobatkan juara selepas menundukkan Sabah Rhino 3-0 pada bulan November.

28. DJOKOVIC MENANG GELARAN KETUJUH WIMBLEDON

Novak Djokovic meraih gelaran ketujuh Wimbledon dan mahkota ke-21 Grand Slam selepas mencatat kemenangan empat set mengatasi Nick Kyrgios. Pilihan utama itu menang 4-6, 6-3, 6-4, 7-6 (7/3) untuk menyamai catatan tujuh gelaran milik Pete Sampras di All England Club dan hanya satu kurang daripada rekod lapan gelaran dipegang Roger Federer.

27. GOLDEN STATE WARIORS JUARA NBA 2022

Golden State Warriors meraih gelaran NBA keempat dalam masa 8 tahun setelah menundukkan Boston Celtics. Pemain mereka, Stephen Curry juga dinobatkan Finals MVP musim tersebut.

26. JDT LAYAK KE PUSINGAN 16 AFC CHAMPIONS LEAGUE

JDT menjadi kelab Malaysia pertama layak beraksi di pusingan 16 terbaik kejohanan berprestij itu pada penampilan keempat mereka sejak debut pada musim 2019.

25. SKUAD BAWAH 19 TAHUN JUARA PIALA AFF

Skuad bola sepak Bawah 19 tahun (B-19) muncul juara selepas menundukkan Laos, 2-0 pada aksi final Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) AFF 2022 di Stadium Patriot Chandrabhaga, Jakarta. Dua gol hasil jaringan Faiz Amer Runnizar dan Aliff Izwan Yuslan sudah cukup buat anak buah Hassan Sazali Waras merakam kejayaan kali kedua buat Malaysia, selepas menundukkan Myanmar 4-3, pada 2018.

24. ZII JIA VIRAL LEPASKAN SUKAN KOMANWEL TAPI GAGAL DI KEJOHANAN DUNIA

Keputusan Lee Zii Jia untuk tidak beraksi di Sukan Komanwel kerana ingin fokus kepada Kejohanan Dunia, tidak membuahkan hasil apabila dia tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas tewas kepada Zhao Jun Peng. Kekalahan Zii Jia di Kejohanan Dunia turut menyaksikan perang netizens di mana ada yang menyokong dan ada yang mengkritik persembahannya.

23. MALAYSIA CAPAI SASARAN SUKAN SEA VIETNAM

Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

22. MALAYSIA JUARA BADMINTON BERPASUKAN ASIA

Skuad lelaki negara menepati ramalan untuk menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia, 3-0 di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

21. MASTAF DBUBARKAN

Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) mengumumkan pembubaran badan induk itu berkuat kuasa 20 Disember. Datuk Suhaili Abdul Rahman memaklumkan keputusan itu sudah mula dibincangkan Jawatankuasa Tertinggi Mastaf pada 8 Disember lalu.
50-41 | 40-31 | 30-21 | 20-11 | 10-1

#johor darul ta'zim #Liga Super Malaysia #Lee Zii Jia #Astro Arena #Soh Wai Ching
;