Tenpin Boling Asia: Sin Li Jane sumbang emas keenam
Shaiful Shamsudin
September 23, 2024 21:44 MYT
September 23, 2024 21:44 MYT
Sin Li Jane mengesahkan pingat emas keenam negara untuk bergelar juara keseluruhan Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Pemain berusia 32 tahun itu merakamkan 5,152 pin untuk kejayaan all event setelah memerlukan frame terakhir untuk mengatasi Korea Selatan di Bangkok sebentar tadi, sekali gus menambah koleksi lima perak dan dua gangsa kontinjen negara.
Ia juga gelaran keduanya di Bangkok selepas memenangi emas dalam acara double ketika bergandingan dengan Natasha Roslan, malah berpeluang menambah koleksi emasnya dalam acara masters, esok.