Tenis: Emma Raducanu pastikan Serena Williams pulang awal

Shaiful Shamsudin
August 17, 2022 11:31 MYT
Bintang tenis England, Emma Raducanu, meraih kemenangan yang tidak diduga dalam pusingan pembukaan Kejohanan Terbuka Barat & Selatan apabila mudah mengetepikan Serena Williams 6-4, 6-0 dalam pertemuan sulung mereka, sebentar tadi.
Ia pengakhiran awal Serena dalam sisa dua kejohanan kariernya selepas mengesahkan untuk menggantung raket sebaik tamat kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS), hujung bulan ini.
Pemain berusia 40 tahun itu mempamerkan tentangan sengit pada awal pertarungan ketika menentang pemain nombor 11 dunia berusia 19 tahun tersebut.
Selepas tunduk dalam 'game' pertama, Serena mula mengatur rentak dalam set pembukaan itu malah sempat meraih satu 'break'.

ꜱᴏʟɪᴅ performance ? In her @CincyTennis debut @EmmaRaducanu moves past Serena Williams, 6-4, 6-0! pic.twitter.com/SZ9OjhbyWT

— wta (@WTA) August 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, set kedua memperlihatkan permainan Serena makin goyah apabila sekadar memenangi 35 peratus (tujuh daripada 20) mata servisnya selain membalas 20 peratus (tiga daripada 15) servis lawan.
Venus Williams, 42, turut tersingkir dalam perlawanan pembukaannya apabila kalah 5-7, 1-6 kepada Karolina Pliskova.
Pliskova dijadualkan menentang Elise Mertens dalam pusingan kedua selepas membelasah Anhelina dari Ukraine 6-1, 6-1.
#Serena Williams #Tenis #Emma Raducanu
;