Tempoh pinjaman Luqman Hakim di Yokohama sudah berakhir

Najmi Iman
December 16, 2024 20:36 MYT
Pemain muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin, bakal kembali ke pangkuan kelab Belgium, KV Kortrijk, selepas hampir satu tahun berkelana di Jepun.
Menurut kenyataan Yokohama SCC yang memaklumkan bahawa Luqman Hakim akan meninggalkan kpasukan tersebut susulan penamatan tempoh pinjamannya yang akan berakhir dalam masa terdekat.
Perkara itu sekali gus mengesahkan penyerang berusia 22 tahun itu tidak akan menyambung kontrak pinjaman bersama Yokohama untuk musim berikutnya.

#ルクマンハキム 選手が期限付き移籍期間満了に伴い、2024シーズンをもってチームを離れることになりましたので、お知らせいたします。 ?本人コメントはこちらhttps://t.co/KlJ1hO8oBg#yscc pic.twitter.com/h8AnGAAHLL

— Y.S.C.C.【公式】 (@yscc1986) December 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya gembiran menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Terima kasih semua.
"Selamat maju jaya untuk musim hadapan," kata Luqman.
#bola sepak #Yokohama #Luqman Hakim Shamsudin
;