Taring 'AJ' benam lawan di Arab!

Syifa Nasir
March 9, 2024 13:38 MYT
Anthony Joshua menghasilkan salah satu persembahan terbaik dalam kerjayanya pada perlawanan kalah mati yang menewaskan Francis Ngannou di Kingdom Arena, Riyadh, Arab Saudi.
Joshua atau lebih mesra disapa "AJ" itu meranapkan impian bekas juara Ultimate Fighting Championship (UFC) dua kali dengan pertarungan mendebarkan beberapa teknik Joshua membuat pukulan yang sukar dielak Ngannou.
Dalam beberapa saat dengan kombinasi kanan-kiri dan kemudian tumbukan padu sejurus selepas melihat peluang yang sudah terhidang sebelum pukulan ketiga yang menghempaskan Ngannou di atas kanvas dalam keadaan terhenti.
Pemain berusia 34 tahun itu mengesahkan dia kini menanti pertembungan dengan Oleksandr Usyk yang telah menewaskannya dua kali sebelum ini.
#Anthony Joshua #Tinju #Francis Ngannou
;