Sze Fei-Nur Izzuddin harus memahami kondisi badan

Najmi Iman
October 21, 2024 19:16 MYT
Kelajuan dan taktikal berbeza sehingga berjaya mengelirukan pihak lawan menjadi faktor penting bekas Pengarah Berprestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj, percaya Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mampu melangkah lebih jauh.
Bagaimanapun, James menjelaskan bahawa pemain tersebut perlu memilih untuk menyertai kejohanan penting bagi mengelakkan penat berlebihan seterusnya gagal beraksi di tahap terbaik.
James turut menegaskan penyikiran awal gandingan beregu lelaki negara dalam Terbuka Denmark, minggu lalu disifatkan sebagai tidak apa yang perlu dirisaukan.
"Apabila mereka mengumumkan mereka kembali bergandingan semula ialah perkara paling tepat dan mempamerkan persembahan memukau.
"Mereka juga memahami kondisi tubuh badan mereka. Jika badan anda mengizikan, maka anda boleh beraksi.
"Pemain ternama dunia juga memilih kejohanan untuk bermain. Sepatutnya mereka berdua juga boleh untuk tidak menyertai pertandingan kecil," katanya.
#badminton #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
;