Sultan Selangor gesa pihak berkuasa segera noktahkan kes simbah asid Faisal Halim

Saufi Tahir
December 6, 2024 11:28 MYT
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menggesa pihak berkuasa segera mengenal pasti pelaku serta menoktahkan kes pemain Selangor, Faisal Halim, disimbah asid pada Mei lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menjelaskan tidak pernah menghentikan siasatan membabitkan insiden itu serta berusaha untuk mencari maklumat baru untuk membantu siasatan.
Terdahulu, seramai 23 individu sudah diambil keterangan serta menahan tiga suspek bagi membantu siasatan insiden itu.

????????? ????? Dukacita dimaklumkan bahawa pemain Selangor FC, Faisal Halim telah menjadi mangsa serangan asid petang tadi. Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan… pic.twitter.com/ipo2ap7t7Z

— Selangor FC (@selangorfc) May 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan media sosial dan teknologi moden, anda tidak boleh menyembunyikan apa apa. Saya mengikuti kes ini di DUN dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.
"Ini adalah kes yang jelas dan insiden itu telah memusnahkan kehidupan Muhammad Faisal." kata baginda seperti yang dilaporkan sebuah media tempatan.
#Selangor #sepak #Faisal Halim #'bola
;