Sukma Sarawak 2024: Wilayah Persekutuan tambah koleksi pingat emas, Afiq Zuhar cipta nama acara memanah

Najmi Iman
August 18, 2024 14:39 MYT
Kem Wilayah Persekutuan terus memberi asakan kepada tuan rumah, Sarawak, untuk merapatkan jurang kedudukan carta pingat selepas mengutip emas terbaru menerusi sukan memanah di Sukan Malaysia(Sukma Sarawak) 2024, sebentar tadi.
Pemanah muda Wilayah Persekutuan, Afiq Zuhar Mohamad Shah, melakar sensasi tersendiri apabila menduduki podium tertinggi acara 50m pusingan kelayakan individu compound sekali gus memecahkan rekod kejohanan dengan pungutan 692 mata.

??? TERKINI !!! Pemanah Wilayah Persekutuan, Afiq Zufar Mohamad Shah cipta sensasi pecah rekod SUKMA acara 50m Pusingan Kelayakan Individu Compound dengan 692 Mata (72 anak panah). Berusia 21 tahun & melakukan debut SUKMA ??? @ASTROARENA pic.twitter.com/qULj8tsWhs

— karlnunis (@_karlnunis) August 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih menarik, Afiq Zuhar baru sahaja berusia 21 tahun dan ini merupakan penampilan pertamanya dalam temasya dwitahunan itu menewaskan pencabar terdekat dari Terengganu yang meraih pingat perak.
#memanah #Sukma #Sukan Malaysia #Sukma Sarawak #Afiq Zufar Mohamad #ReadyToRoar #teamWP #UsahaAsasKecemerlangan #WilayahPersekutuanJuara #WilayahPersekutuanKita #WPJUARA2024
;