Sukma Sarawak 2024: Terengganu intai dominasi berbasikal lasak BMX
ss
August 18, 2024 21:31 MYT
August 18, 2024 21:31 MYT
Terengganu tampak sedia meneruskan dominasi dalam berbasikal apabila kesemua pelumba lelaki dan wanita melepasi sesi kelayakan masa berbasikal lasak (BMX) Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 hari ini.
Juara bertahan, Amer Akhbar Anuar, menepati ramalan meraih tempat pertama sesi kelayakan masa dengan catatan masa terpantas 00:37.925 untuk jarak kayuhan sejauh 390 meter di Bukit Siol DBKU, Petra Jaya.
Kem berbasikal lebuh raya Hanelang Bangkit sebelum ini menggondol empat pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Turut mara ke penentuan separuh akhir nanti adalah rakan sepasukan, Wan Muhammad Izzat Wan Mohd Baihaki, di tempat ketiga sementara Siti Nurliana Muhamad Nazri menjadi pelumba tunggal wanita Terengganu untuk meneruskan misi 'Hanelang Bangkit 2024' di bumi Kenyalang ini.
"Melihat pada keputusan ujian masa hari ini, kita boleh lihat saingan sengit dari pelumba-pelumba negeri lain untuk memburu podium dengan jurang masa begitu sedikit namun saya yakin dengan pelumba-pelumba Terengganu ini untuk kembali menaiki podium.
"Cuma saya mengharapkan agar cuaca esok yang lebih baik, sekiranya hujan lebat sudah tentu menjadi cabaran berganda buat pelumba-pelumba Terengganu malah pelumba-pelumba lain juga." kata jurulatih, Mohd Arif Syukri Ahmad Sabti.
Kkredit: Bhgn Media MSN Terengganu