Sukma Sarawak 2024: Johor terlepas 23 emas kerana sungai di Sarawak...?


August 20, 2024 08:35 MYT
Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menyaksikan kontinjen Johor masih lagi bergelut untuk menetapkan kedudukan mereka dalam kelompok untuk mengejar peluang dalam usaha menjadi juara keseluruhan bagi edisi ke-21.
Ketiadaan sukan kanu yang menyaksikan kontinjen Johor meraih 23 pingat emas tidak dipertandingkan kali ini sekaligus merencatkan perjalanan mereka untuk mengejar peluang menjadi juara keseluruhan.
Mana tidaknya, dalam SUKMA 2022, Johor mendominasi acara itu apabila memenangi lima emas dan satu perak untuk meletakkan mereka sebagai johan keseluruhan.
Tetapi, kekurangan itu tidak menjejaskan moral kontinjen negeri yang percaya kedudukan mereka tidak goyah dengan pelbagai acara lain bakal dipertandingkan.
Ketika ini, Sarawak mendahului saingan dengan 34 pingat emas, 23 perak, dan 27 gangsa manakala Wilayah Persekutuan di tempat kedua, manakala Terengganu di tempat ketiga.
Johor berada di tempat kelapan dengan sembilan pingat emas ketika temasya Sukma berbaki lima hari lagi.
Lucu melihat komen netizen di laman sosial yang mendakwa lebih baik tidak bertanding sukan kanu kerana sungai di Sarawak tidak seperti Sungai Kim Kim di Johor
Dalam sejarah SUKMA, sukan kanu merupakan 'lubuk' terbaik bagi kontinjen Johor untuk mengutip lebih banyak pingat emas sejak ia diperkenalkan pada 1992.
Malah, ketika negeri Selatan tanah air itu dijadualkan sebagai tuan rumah empat tahun lalu, mereka sudah mengetengahkan dua kategori dalam acara berkenaan.
Johor memiliki rekod tersendiri dalam acara sukan kanu pada SUKMA.
Bagaimanapun, bagi penganjuran kali ini, Sarawak tidak memilih sukan kanu bagi dipertandingkan dengan ia pasti membawa sedikit rasa kecewa buat Johor.
#Sarawak #Johor #Sukma #Sukma Sarawak 2024