SUKMA 2024: Wilayah Persekutuan sasar pingat emas bola sepak wanita
Najmi Iman
July 24, 2024 19:11 MYT
July 24, 2024 19:11 MYT
Skuad bola sepak wanita menambah bilangan atlet dalam kontinjen Wilayah Persekutuan yang memegang rekod pasukan terbesar ke Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, Ogos ini.
Meskipun terpaksa berbelanja lebih, pasukan Wilayah Persekutuan itu mahu memastikan semua pemain boleh berkumpul menjalani latihan bersama kerana dasar ingin merasai peluang dengan adil sejak tahun lalu.
Ketika acara wanita itu bakal dipertandingkan buat kali pertama dalam edisi ke-21 itu, Wilayah Persekutuan meletakkan sasaran pingat emas buat skuad bola sepak wanita.
"Seiring dengan aksi pertama yang bakal diperkenalkan dalam edisi kali ini, jadi saya meletakkan sasaran menjadi juara skuad bola sepak wanita supaya menjadi ingatan kepada edisi seterusnya," katanya.
Dalam masa sama, skuad berkenaan bakal diperkuat oleh pemain daripada Liga Wanita Nasional (LWN).
"Kemasukan pemain daripada LWN menjadi kelebihan buat pasukan kerana mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam saingan kompetitif," tambahnya.