Sukan SEA: Md Poad mahu pastikan pingat emas 100m milik Malaysia

Ammar Hakim
March 15, 2023 18:12 MYT
Jurulatih skuad pecut negara, Md Poad Kassim, mahu meng\embalikan pingat emas acara reben biru ke tanah air.
Dua atlet yang bertanggungjawab melaksanakan misi itu terarah kepada Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi.
Tegas Poad, ia bukan mudah memandangkan semua sedia maklum dengan pemegang emas edisi lalu Puripol Boonson dari Thailand sebagai halangan utama.
"Haiqal dan Khairul Hafiz kelihatan telah menampilkan peningkatan. Perkembangan yang positif dan tidak mustahil untuk mendapatkan semula pingat emas dalam acara 100m," kata Poad.
Haiqal pula tidak mahu memberikan tekanan kepada diri sendiri, namun dia menganggap apa yang disasarkan jurulatihnya sebagai cabaran untuk dia tidak pulang dengan hampa.
"Itu sasaran jurulatih, namun hanya saya yang dapat menentukan keputusan berdasarkan prestasi saya pada hari pertandingan. Apa sahaja boleh berlaku dalam hari kejohanan nanti," kata Haiqal.
Sementara itu, penyenaraian nama atlet pecut wanita negara, Zaidatul Husniah dianggap relevan berdasarkan kejayaan menghadirkan pingat perak dalam acara 4x100 meter di Hanoi.
#Sukan SEA #Khairul Hafiz Jantan #Haiqal Hanafi #Md Poad Kassim
;