Pesilat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar, tidak mahu sekali lagi tenggelam dalam mengawal emosi setiap kali di dalam gelanggang.

Khairi mengakui ia sering berlaku apabila saingan melibatkan aksi panas dengan lawan dari Indoensia, Vietnam mahupun Thailand.

Merujuk kepada kejayaan paling dramatik dalam edisi lalu di Sukan SEA Hanoi, Adib bersedia andai pesilat dari Indonesia, Khoirudin Mustakim turun ke gelanggang bagi acara tanding kelas B lelaki dengan misi lunas dendam.

"Saya mahu menghadirkan persembahan terbaik dalam saingan Sukan SEA kali ini. Itu menjadi sasaran utama ketika bersaing di Kemboja," katanya.


Sementara itu, bekas pesilat negara, Mohd Fauzi Khalid, mengakui teruja kerana hadir dengan kapasiti sebagai jurulatih di Sukan SEA Kemboja.

Fauzi memulakan tugasan sebagai jurulatih sejak dua bulan lalu, dan mengakui tugasan barunya ini lebih mencabar jika di bandingkan dengan tanggungjawab sebagai atlet.

"Ini merupakan satu cabaran yang berbeza sebagai jurulatih dalam saingan Sukan SEA kali ini," kata Fauzi.