Tujuh pemain golf kebangsaan dipilih ke Sukan SEA Kemboja bagi acara individu dan berpasukan bermula 8 hingga 13 Mei ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata pemilihan pemain adalah berdasarkan ranking semasa selepas menyertai beberapa siri kejohanan antarabangsa.

Dalam pada itu, pemilihan pemain diadakan sebelum setiap kali Sukan SEA diadakan, secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai pemain yang berbakat di Malaysia.

"Proses pemilihan ini melalui satu sistem yang kami ambil daripada sistem yang sangat ketat yang menyediakan data semua pemain golf amatur lelaki dan wanita negara.




"Keutamaan berpaksi kepada sistem markah mereka di ranking golf amatur dunia.

"Dari situ kami akan mengetahui siapa yang mengutip markah tinggi.

"Kami tidak pilih kasih, kami tidak lihat siapakah pemainnya tapi kami tengok kepada prestasi terkini.

"Tapi berdasarkan kedudukan ranking, ramai pemain yang tidak dapat pulang kerana sedang mengikuti pengajian di Amerika Syarikat," kata Anwar.