Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Ammar Hakim
May 12, 2023 19:14 MYT
May 12, 2023 19:14 MYT
‘Saya pernah terfikir untuk bersara pada 2019’, jika tidak dihalang jurulatihnya Poad Kassim, mungkin kita sudah hilang Khairul Hafiz Jantan ketika ini.
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.
Masalah kecederaan mendorong kepada penurunan prestasi yang begitu drastik selain kritikan yang cukup membuatkan dirinya terhiris.
Dua gangsa selepas menyepi selama empat tahun umpama amaran cukup jelas, Khairul masih figura yang boleh diletak harap pada masa hadapan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Md Poad Kassim kerana sentiasa menyokong saya untuk terus berusaha," kata Khairul.
"Saya sangat kecewa sebelum ini, namun jurulatih tetap yakin dengan kemampuan saya untuk terus berusaha mendapatkan kejayaan."
Rakan senegara yang turut berkongsi gangsa, Mohd Haiqal Hanafi, tampak suram di wajahnya.
Ditanya adakah sesuatu terbuku di hati, Haiqal lebih selesa meraikan kejayaan ke podium pada hari ini dengan melemparkan satu peringatan buat semua.
"Saya inginkan ucapkan selamat kembali kepada Khairul Hafiz dan terus maju jaya untuk masa akan datang," kata Haiqal.
"Setiap atlet memiliki bakat yang tersendiri dan saya berharap rakyat Malaysia akan terus menyokong kami."
Dalam aksi final 100 meter lelaki hari ini, wakil negara, Khairul dan Haiqal menamatkan saingan di tempat ketiga menerusi catatan 10.45 saat namun pingat gangsa tidak diberikan kepada Khairul Hafiz oleh pihak penganjur.
Pingat ? Ke-54 & 55 milik Kontinjen Malaysia menerusi Muhammad Haiqal Hanafi & Khairul Hafiz Jantan dalam acara 100m lelaki Syabas & Tahniah Guys pic.twitter.com/CPxJNgbRkL
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) May 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Emas milik Soraoat Dapbang dari Thailand manakala Marc Brian Louis dari Singapura meraih pingat perak.